Kesan Spesies ceroboh

Kesan ekologi

Penjajahan spesies biologi menukar sistem ekologi dalam pelbagai cara. Di seluruh dunia, dianggarkan 80% spesies terancam mampu terjejas akibat persaingan dengan atau menjadi mangsa kepada spesies ceroboh.[29] Pimentel turut melaporkan bahawa spesies yang diperkenalkan, seperti jagung, gandum, padi, dan tanaman makanan lain, dan lembu, ayam, dan haiwan ternakan lain, kini membekalkan lebih dari 98% dari sistem makanan Amerika Syarikat pada nilai sekitar $800 bilion setahun."[29] Apabila spesies mudah menyesuaikan diri dan umum diperkenalkan pada persekitaran yang telahpun mengalami aktiviti manusia, sesetengah spesies tempatan mungkin sukar untuk terus hidup sementara spesies yang lain meningkat.

Penyelidik mengumpul contoh Eurasian Watermilfoil dari tasik di Wisconsin.

Pembersihan tanah dan penempatan manusia memberikan tekanan besar kepada spesies tempatan dan habitat terganggu cenderung kepada penjajahan yang memberikan kesan buruk pada spesies tempatan. Spesies ceroboh yang berkait rapat dengan spesies tempatan jarang mempunyai potensi untuk mengawan silang dengan spesies tempatan. Kesan buruh campuran telah mendorong kepada kemerosotan malah kepupusan spesies tempatan.[30][31]

Pencemaran genetik

Baka tulin berubah secara liar semulajadi khusus di kawasan tertentu boleh terancam dengan kepupusan secara mendadak[32] melalui proses pencemaran genetik contoh, kacukan tidak terkawal, (introgression) dan penengelaman genetik yang mendorong kepada sekata atau penggantian genotaip tempatan akibat haiwan atau tumbuhan ceroboh mempunyai kelebihan jumlah / lebih sesuai secara biologi.[33] [34][35]

Kesan ekonomi

Kos ekonomi akibat spesies ceroboh boleh dipisahkan menjadi kos langsung akibat kehilangan pengeluaran pada pertanian dan pembalakan, dan kos mengurus spesies ceroboh. Anggaran kerosakan dan kos pengawalan spesies ceroboh di Amerika Syarikat sahaja berjumlah lebih $138 billion setiap tahun.[29] Tambahan kepada kos ini, kos ekonomi boleh berlaku akibat dari kehilangan pendapatan dari kegiatan rehlah In addition to these costs, economic losses can occur due to loss from recreational and tourism revenues.[36] Kos ekonomi penjajahan, apabila dikira sebagai kerugian pengeluaran dan kos pengurusan adalah rendah kerana ia biasanya tidak mengambil kira kerosakan persekitaran. Sekiranya nilai kewangan dapat dinilaikan kepada kepupusan spesiesm kehilangan kepelbagaian bio biodiversity, dan kehilangan perkhidmatan ekosistem, kos dari kesan spesies ceroboh akan meningkat dengan banyaknya.[29] Contoh berikut dari sektor ekonomi berlainan menunjukkan kesan penjajahan biologi.


Pertanian

Rumpai pada pertanian menyebabkan penurunan dalam hasil tuaian. Kebanyakan spesies rumpai diperkenalkan secara tidak sengaja bersama biji benih tanaman dan bahan tumbuhan import. Kebanyakan rumpai dipadang ragut bersaing dengan tumbuhan ragut tempatan, adalah toksid (contoh., leafy spurge, Euphorbia esula) kepada lembu atau kurang sesuai dimakan disebabkan duri dan tajam (contoh., yellow star thistle, Centaurea solstitialis). Kehilangan ragut akibat rumpai ceroboh di padang ragut berjumlah hampir $1 bilion di Amerika Syarikat sahaja.[29] Kemerosotan dalam khidmat pendebungaan dan penurunan penghasilan buah telah dilihat akibat jangkitan lebah madu (Apis mellifera another invasive species to the Americas) oleh spesies ceroboh kutu varroa. Rodent yang diperkenalkan (tikus , Rattus rattus dan R. norvegicus) telah menjadi haiwan perosak serius di ladang dengan memusnahkan bijirin yang disimpan.[29]

Perhutanan

Pembebasan tanpa sengaja spesies perosak hutan dan pathogen tumbuhan mampu menukar ekologi hutan dan memberi kesan negetif kepada industri pembalakan. Kumbang badak (Asian long-horned beetle - Anoplophora glabripennis) pertama kali diperkenalkan ke Amerika Syarikat pada 1996 dan dijangka menjangkiti dan memusnahkan berjuta ekar hutan kayu keras. Tiga juta dolar telahpun dibelanjakan dalam usaha menghapuskan kumbang perosak ini dan melindungi berjuta pokok di kawasan yang diserang.[29]

Woolly adelgid menyebabkan kerosakan pada hutan fir spruce matang dan memberi kesan negetif kepada industri pokok Krismas.[37] Fungi chestnut blight (Cryphonectria parasitica) dan penyakit Dutch elm (Ophiostoma novo-ulmi) merupakan dua panthogen tumbuhan yang mempunyai kesan serious kepada kesihatan hutan.

Rehlah dan pelancongan

Spesies ceroboh mampu memberi kesan ke atas aktiviti rehlah seperti memancing, memburu, merentas desa, pemandangan hidupan liar, dan rehlah berasaskan air. Ia memberi kesan negetif sejumlah besar pada persekitaran yang penting bagi kegunaan rehlah, tetapi tidak terhad kepada kualiti dan kuantiti air, kepelbagaian tumbuhan dan haiwan, dan kepelbagaian spesies.[38] Eiswerth seterusnya menyatakan bahawa "hanya amat sedikit penyelidikan yang telah dilakukan bagi menganggar kadar kerugian ekonomi pada skala spatial seperti daerah, negeri, dan (watersheds)." Eurasian Watermilfoil (Myriophyllum spicatum) di sesetengah bahagian Amerika Syarikat, memenuhi tasik dengan tumbuhan menyukarkan aktiviti memancing dan menaiki bot.[39]

Kesan kesihatan

Berkaitan